Kini anda dapat lihat penyata ASNB secara online. Tidak perlu lagi menggunakan buku penyata sedia ada. Apa yang perlu anda lakukan ? Sila ke cawangan ASNB berdekatan atau bank terdekat yang mengurus ASNB anda iaitu Maybank, Maybank Islamic, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional, Alliance Bank, AmBank, & AmBank Islamic. Bercakap dengan wakil ASNB atau bank untuk dapatkan nombor akaun ASNB anda yang baru. Nombor akaun ASNB anda yang baru adalah 12 digit. Nombor lama berjumlah 9 digit adalah tidak digunakan lagi Cara lain untuk dapatkan nombor akaun baru dengan menghubung email berikut asnbcare@pnb.com.my Selepas anda dapat nombor 12 digit akaun anda terus ke halaman https://www.myasnb.com.my/ untuk tujuan pendaftaran Klik pada "Anda Mempunyai Akaun di ASNB?" dan teruskan dengan proses pendaftaran Setelah berjaya, anda kini dapat lihat penyata anda secara online