Skip to main content

Ulasan Yes 4G + VOLTE

YES merupakan pengendali mobile internet yang menggunakan teknologi 4G. Untuk menggunakan perkhidmatan YES, anda perlu pastikan telefon anda menyokong 4G LTE band YES. 

Apa istimewa perkhidmatan YES nie ? YES merupakan perkhidmatan pertama di Malaysia yang menawarkan VOLTE iaitu Voice over LTE.  Buat masa ini terdapat 3 pembekal yang menawarkan perkhidmatan VOLTE iaitu YES, DIGI dan juga Webe. 

Tidak semua peranti yang menyokong 4G dapat menggunakan perkhidmatan VOLTE kerana ia bergantung kepada pembekal perkhidmatan dan juga band LTE signal itu sendiri.

Volte membolehkan panggilan dalam kualiti HD iaitu panggilan lebih jelas dan sambungan panggilan kurang dari 4 saat berbanding 7saat menggunakan teknologi 3G atau GSM (2G).


Anda boleh melihat logo VoLTE sekiranya telefon anda menyokong perkhidmatan ini. 

VoLTE dipaket bersama data LTE berbanding teknologi 3G / 2G.



Apa lagi kelebihan penggunaan teknologi VoLTE ini ? Berikut senarai kelebihan VoLTE;
  1. Panggilan suara berkualiti HD. Iaitu lebih jelas dan kurang NOISE. 
  2. Panggilan suara dan data dapat dibuat dalam masa yang sama. Contoh anda menerima / membuat panggilan ke nombor A dalam masa yang sama anda dapat melayari internet ketika masih dalam panggilan. Tak percaya cuba lakukan menggunakan telefon anda boleh ke x? Jika x, anda masih tidak menggunakan perkhidmatan VoLTE.
  3. Sambungan panggilan kurang dari 4 saat.
  4. Panggilan suara dan video dapat dihidupkan dan dimatikan bila2 masa.



Speedtest dibawah adalah kelajuan perkhidmaan YES. Kelajuan bergantung kepada tempat dan masa. 



Sokongan peranti untuk talian YES. https://www.yes.my/supported-devices








Comments

Popular posts from this blog

MU-MIMO Speed Test

MU-MIMO adalah Multi Input Multi Output iaitu router (alat yang ada antenna tu) akan menghantar data secara serentak kepada "device" anda berbanding SU-MIMO yang hanya akan menghantar data kepada "device" anda dalam satu masa satu "device" sahaja tetapi berlaku secara pantas. Teknologi ini ada pada router yang menggunakan 5GHz. Tidak semua router 5GHz menyokong MU-MIMO.  Untuk menggunakan MU-MIMO pengguna perlu mempunyai "device" yang menyokong MU-MIMO. Pengguna SU-MIMO kebanyakkkan router yang anda pakai akan menghantar data ke semua "device". "Device" anda akan mengambil data tertentu sahaja. Berbanding MU-MIMO data dihantar terus kepada "device" yang perlu data tersebut sehingga 4 "device" secara serentak.

Digi Prepaid menawarkan kupon McDonald's percuma

Kupon McDonald's percuma ? Berminat jika diberi secara percuma ? Mudah saja... Jika anda ada nombor telefon dari pembekal lain (Celcom/Umobile/Yes). Anda hanya perlu tukarkan ke Digi. Hanya bayar RM1 dan akan dikreditkan semula ke akaun anda selepas nombor anda berjaya diaktifkan. Apa yang perlu anda buat tukar talian anda (prepaid/postpaid) ke Digi. Sila klik ke laman berikut untuk memulakan penukaran.  http://new.digi.com.my/switch-to-digi Kupon McDonald's. Cepat tukar ke Digi Isi maklumat anda dan buat pembayaran. Penghantaran sim card baru akan dihantar dalam masa 24 jam hari bekerja beserta kupon McDonald's Sudah terima sim kad baru? Ikut langkah ini. Masukkan sim kad digi di dalam telefon dan aktifkan telefon anda. Sekitar 5-10 minit.  Aktifkan nombor lama semula (atau sekiranya anda anda lebih dari satu telefon pasangkan sim kad lama di telefon lain) Anda akan terima pesanan ringkas SMS untuk pengesahan port out. Sila balas YES. Sim kad Digi anda a...

McD Spicy Korean Burger

Bila tengok iklan dalam TV memang terasa.... Wow... Macam best jer burger nie.... So tadi pergi la beli burger nie... Dalam iklan TV cakap pedas.... Bila rasa jer... Xla pedas sangat... Pedas lagi sos McD. Rating : Bolehla kot mau nak rasa... Gambar tengok dalam iklan macam letak sayur banyak je... Dapat yang betul sikit je sayur.. Tengok gambar dibawah...