Skip to main content

Menangi IPHONE X. Hanya bayar dan menang!



Kini promosi 1-31 Disember 2017. Menangi IPHONE-X hanya dengan membayar baki pinjaman PTPTN anda!

Bayar sekarang! http://mygovmobile.malaysia.gov.my/mypay/ptptn/



TERMA DAN SYARAT
CABUTAN ISTIMEWA! BAYAR & MENANG
Penganjur & Penyertaan
  1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ["PTPTN"] menganjurkan Cabutan  Istimewa! Bayar & Menang ["Cabutan"] dan PTPTN dirujuk sebagai ["Pihak Penganjur"].
  2. Cabutan Istimewa! Bayar & Menang diadakan untuk menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik pinjaman.
  3. Promosi Cabutan ini bermula dari 1 Disember 2017 hingga 31 Disember 2017 ["Tempoh Promosi"]. Pihak PTPTN berhak menukar atau meminda tarikh dan Tempoh Promosi sekiranya perlu.

Kelayakan
  1. Cabutan ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN seperti berikut:
  2. Cabutan terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang patut membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki pinjaman dalam Tempoh Promosi; dan
  3. Membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya RM1,000 menggunakan salah satu/ kombinasi saluran bayaran balik yang telah disediakan dalam Tempoh Promosi.
  4. Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak) adalah TIDAK LAYAK menyertai Cabutan ini.

Mekanisma Cabutan
  1. Peminjam layak menyertai Cabutan sekiranya terdapat transaksi bayaran balik yang diterima dalam Tempoh Promosi.
  2. Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui mana-mana saluran bayaran yang telah disediakan.
  3. Peminjam perlu membuat bayaran balik pinjaman PTPTN sekurang-kurangnya RM1,000 dalam Tempoh Promosi.
  4. Bagi peminjam yang mempunyai lebih daripada satu pinjaman, bayaran balik RM1,000 adalah dikira berdasarkan jumlah keseluruhan bayaran balik bagi semua pinjaman.
  5. Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada bayaran balik sekurang-kurangnya RM1,000 bersamaan dengan satu (1) cabutan.
  6. Sekiranya berlaku kematian kepada peminjam yang telah membuat bayaran balik pinjaman PTPTN sekurang-kurangnya RM1,000 dalam Tempoh Promosi., akaun peminjam masih layak untuk menyertai Cabutan.
  7. Contoh kelayakan Peminjam PTPTN untuk ilustrasi :

BIL.
 TEMPOH PROMOSI
CONTOH AKTIVITI
STATUS KELAYAKAN PENYERTAAN
1.









1 - 31 Disember 2017
Peminjam A telah membuat bayaran balik melalui potongan gaji sebanyak RM200 dan membuat tambahan bayaran balik melalui perbankan internet sebanyak RM800.
Peminjam A LAYAK mendapat 1 cabutan. Bayaran terkumpul sekurang-kurangnya RM1,000 yang dilakukan oleh peminjam melalui mana-mana saluran bayaran balik yang telah disediakan LAYAK  menyertai Cabutan.
2.
Peminjam B membuat bayaran balik sebanyak RM500 untuk pinjaman diploma. Kemudian membuat bayaran balik sebanyak RM500 untuk pinjaman Ijazah.
Peminjam B LAYAK mendapat 1 cabutan.
Bayaran terkumpul sekurang-kurangnya RM1,000 untuk pinjaman pertama, kedua dan ketiga yang dilakukan oleh peminjam LAYAK menyertai Cabutan.

3.
Peminjam C membuat bayaran balik melalui Direct Debit sebanyak RM500. Kemudian membuat tambahan bayaran balik sebanyak RM2,500 di kaunter PTPTN.
Peminjam C LAYAK mendapat 3 cabutan.
Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada bayaran balik sekurang-kurangnya RM1,000 bersamaan dengan 1 cabutan.
4.
Peminjam D HANYA mempunyai hutang Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) RM1,500 dan telah membuat bayaran balik.
Peminjam D LAYAK mendapat 1 cabutan. Cabutan layak disertai sekiranya jumlah bayaran balik yang dilakukan adalah sekurang-kurangnya RM1,000.
5.
Peminjam E ingin membuat bayaran balik secara lumpsum bagi jumlah pinjaman yang berbaki RM1,000. Peminjam telah membuat bayaran balik sebanyak RM800 kerana layak menikmati diskaun 20%.
Peminjam E TIDAK LAYAK menyertai Cabutan. Cabutan layak disertai sekiranya jumlah bayaran balik yang dilakukan adalah sekurang-kurangnya RM1,000.
6.
Peminjam F telah membuat bayaran balik melalui perbankan internet sebanyak RM1,000 namun transaksi tersebut tidak berjaya dilakukan.
Peminjam F TIDAK LAYAK menyertai Cabutan. Peminjam hanya layak menyertai Cabutan sekiranya transaksi bayaran balik berjaya dilakukan dalam tempoh promosi.
7.
Peminjam G telah membuat bayaran balik melalui potongan gaji sebanyak RM200. Kemudian membuat tambahan bayaran balik sebanyak RM800 melalui perbankan internet. Namun transaksi tersebut tidak berjaya.
Peminjam G TIDAK LAYAK menyertai Cabutan. Peminjam hanya layak menyertai Cabutan sekiranya jumlah transaksi bayaran balik yang berjaya dilakukan adalah sekurang-kurangnya RM1,000.

8.
Peminjam H telah membuat bayaran balik sebanyak RM500 pada 3 Disember 2017. Kemudian membuat bayaran balik sebanyak RM500 pada 3 Januari 2018.
Peminjam H TIDAK LAYAK menyertai Cabutan. Peminjam hanya layak menyertai Cabutan sekiranya berjaya membuat bayaran balik sekurang-kurangnya RM1,000 dalam Tempoh Promosi iaitu 1 hingga 31 Disember 2017.
9.
Peminjam I merupakan peminjam PTPTN yang masih mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.
Peminjam I TIDAK LAYAK menyertai Cabutan. Cabutan terbuka kepada peminjam PTPTN yang telah patut membuat bayaran balik.
10.
Peminjam J merupakan bekas peminjam PTPTN yang telah selesai membuat keseluruhan bayaran balik.
Peminjam J TIDAK LAYAK menyertai Cabutan. Cabutan terbuka kepada peminjam PTPTN yang masih mempunyai baki pinjaman dalam Tempoh Promosi.

Hadiah & Pemilihan Pemenang
Bil
Hadiah
Unit
1.
iPhone X
1
2.
Huawei P10
19
  1. Peminjam PTPTN berpeluang memenangi hadiah seperti berikut:
  2. Peminjam hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja dalam Tempoh Promosi Cabutan ini.
  3. Pihak Penganjur berhak menukar hadiah dengan nilai yang setara tanpa memaklumkannya kepada pelanggan.
  4. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukarkan dengan barangan lain secara sebahagian atau sepenuhnya.
  5. Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon/ SMS / surat / emel / paparan atau siaran di portal rasmi PTPTN atau melalui mana-mana kaedah komunikasi lain yang sesuai dipilih atas budi bicara mutlak PTPTN.Jika seseorang pemenang meninggal dunia, tuntutan hadiah boleh dibuat oleh waris yang sah mengikut prosedur semasa yang ditetapkan oleh PTPTN.
  6. Segala perbelanjaan dan kos yang terlibat ketika menyertai Cabutan ini atau ketika menuntut hadiah atau ketika menghadiri ke majlis penyampaian hadiah adalah atas tanggungan peserta/pemenang.
  7. Semua hadiah mestilah dituntut dalam tempoh masa yang ditetapkan di dalam surat/notis makluman. Sebarang penebusan yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Sekiranya Pihak Penganjur atas apa jua sebab tidak dapat menghubungi pemenang, kemenangan dan hadiah yang ditawarkan adalah terbatal secara automatik.

Terma & Syarat
  1. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya didapati pelanggan tidak layak dan tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan;
  2. Keputusan pemenang oleh Pihak Penganjur adalah muktamad serta terikat dan menyeluruh, sebarang surat-menyurat, bantahan atau rayuan tidak akan dilayan;
  3. Setiap pemenang bersetuju membenarkan Pihak Penganjur memaparkan atau menggunakan gambar/nama pemenang atau hal-hal berkaitan pemenang untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan sebagainya termasuk paparan di portal rasmi PTPTN, media atau suratkhabar tempatan tanpa sebarang pemberitahuan atau kebenaran tambahan pemenang. Pemenang tidak berhak membuat sebarang tuntutan atau pampasan berikutan dari tujuan pengiklanan publisiti di atas;
  4. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan tersebut. Pemenang bersetuju melepaskan dan memutuskan bahawa Pihak Penganjur bebas dan tidak terikat terhadap sebarang liabiliti;
  5. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab walau dalam apa jua keadaan terhadap sebarang kegagalan/kesilapan teknikal, elektronik atau apa jua di luar kuasa Pihak Penganjur dalam pengurusan dan pemprosesan Cabutan ini;
  6. Dengan menyertai Cabutan ini, para peserta/pelanggan  bersetuju mematuhi Syarat Dan Peraturan Cabutan Istimewa! Bayar & Menang dan keputusan Pihak Penganjur; dan
  7. Pihak Penganjur juga berhak meminda, membatalkan atau menambah syarat dan terma Cabutan yang dinyatakan di sini secara keseluruhan atau sebahagiannya dengan memberikan sekurang-kurangnya 7 hari notis terlebih dahulu sebelum pindaan, pembatalan atau penambahan dikuatkuasakan.

Comments

Popular posts from this blog

Alternative way to save while roaming with FlexiRoamX

FlexiRoamX comes with easiest way to room with more than 100 countries. You can earn up to 100GB during membership period. How much is cost ? It free to earn the internet quota up to 100GB! You only need to pay for the FlexiRoomX simcard that stick on the top of your current sim card. Just stick the FlexiRoam simcard on the top of your current simcard. How much it cost if you need 1GB data ? It's just USD20 per GB. Compare with normal amount you need to pay while roaming. This option provide you the cheapest rate while roaming and you no need to find local simcard to use this. Do you want free 100MB ? Just sign up using my referral code below ; http://www.flexiroamx.com/referBHE7EZ or you may enter my code : BHE7EZ Have a great roaming internet rate ahead! 

Tracking barang pos anda secara mudah dengan telegram

Sekiranya anda pembeli mahupun penjual barang secara online. Sudah tentu anda menggunakan perkhidmatan kurier servis seperti pos laju, skynet dan sebagainya. Dekat sini saya nak tunjukkan cara mudah untuk tracking bungkusan anda tanpa perlu membuka laman web kurier servis. Langkah pertama. Pastikan telefon anda telah ada aplikasi Telegram. Anda boleh install disini https://play.google.com/store/apps/details?id=org.telegram.messenger Langkah kedua. Search @PandaiBot. Bila dah jumpa taip /poslaju <notracking anda>. Akhirnya, anda dapat mengetahui status barangan anda. Sila kongsi sekiranya bermanfaat.