Skip to main content

Bersedia untuk TM Turbo Upgrade ? TM Turbo Free Upgrade

Adakah peralatan anda sekarang sudah bersedia untuk kelajuan maksimum yang bakal anda terima ?




Sekiranya menggunakan WiFi melalui laptop / PC. Pergi ke Control Panel > All COntrol Panel Items > Network Connections. Click pada Wi-Fi connection.


Semak pada Speed. Sebagai contoh, wifi speed diatas adalah 1.1 Gbps / 1100Mbps Kelajuan WiFi bergantung kepada jenis router anda dan jarak anda dengan router tersebut.





Untuk menguji kelajuan maksimum WiFi anda, sila sambungkan satu laptop lain melalui LAN cable dan share folder dari laptop tersebut. Jika anda mempunyai cloud server, pastikan terus disambung kepada router. 
Pindah turun file tersebut. Sebagai contoh kelajuan maksimum di atas adalah 635Mbps dari 1,100 Mpbs. Bermakna WiFi router anda boleh mencapai kelajuan sehingga 57% dari kelajuan yang dipaparkan pada gambar ke-2.
Sekiranya kelajuan anda menunjukkan 100Mbps. Kelajuan sebenar yang anda dapat sekitar maximum 57Mbps sahaja.





Faktor lain yang akan mempengaruhi kelajuan WiFi anda adalah jenis teknologi WiFi yang anda gunakan. Contoh diatas adalah mengguinakan 5GHz dengan MIMO teknologi. 

Bagaimana WiFi tanpa MIMO teknologi berfungsi, Sekiranya ada 4 peralatan disambung ke WiFi router tersebut, router tersebut akan proses data tersebut satu peralatan dalam satu masa. Sebagai contoh; Pada jam 10.00 pagi, 4 peralatan tersebut akses ke laman web google pada masa yang sama. Router tersebut akan proses satu peralatan dalam satu masa tetapi dalam masa yang pantas. Bermakna setiap peralatan akan dapat data sedikit lambat. 

Bagaimana teknologi Router dengan MIMO teknologi, maximum semua 4 peralatan tersebut akan diproses dalam masa yang sama.

Apa itu 2.4GHZ dan 5GHz. Adalah frekuensi WiFi router tersebut. Semakin tinggi frequency, semakin tinggi kelajuan yang anda dapat. Pastikan smartphone anda support 5Ghz.


Apa lagi yang perlu anda tahu. Setiap router di rumah kebanyakkannya, jika anda lihat dikotak akan tulis 100Mbps atau 3200Mbps. Maksud disini itulah kelajuan maksimum router tu boleh support.

Contohnya, anda membeli router dengan kelajuan 100Mbps. Kelajuan Internet anda andalah 100Mbps juga. Anggap tiada loss disini jika anda menggunakan cable LAN.  Sekiranya 5 orang pengguna pindah turun file dari server berlainan yang disambung pada router pada masa yang sama tanpa melalui / menggunakan Internet, kelajuan maksimum yang diperolehi adalah 20Mbps walaupun kelajuan yang anda terima 100Mbps. Pastikan anda tengok total bandwidth router anda boleh support. 


Untuk semak kelayakkan upgrade anda boleh ke 












Comments

Popular posts from this blog

MU-MIMO Speed Test

MU-MIMO adalah Multi Input Multi Output iaitu router (alat yang ada antenna tu) akan menghantar data secara serentak kepada "device" anda berbanding SU-MIMO yang hanya akan menghantar data kepada "device" anda dalam satu masa satu "device" sahaja tetapi berlaku secara pantas. Teknologi ini ada pada router yang menggunakan 5GHz. Tidak semua router 5GHz menyokong MU-MIMO.  Untuk menggunakan MU-MIMO pengguna perlu mempunyai "device" yang menyokong MU-MIMO. Pengguna SU-MIMO kebanyakkkan router yang anda pakai akan menghantar data ke semua "device". "Device" anda akan mengambil data tertentu sahaja. Berbanding MU-MIMO data dihantar terus kepada "device" yang perlu data tersebut sehingga 4 "device" secara serentak.

McD Spicy Korean Burger

Bila tengok iklan dalam TV memang terasa.... Wow... Macam best jer burger nie.... So tadi pergi la beli burger nie... Dalam iklan TV cakap pedas.... Bila rasa jer... Xla pedas sangat... Pedas lagi sos McD. Rating : Bolehla kot mau nak rasa... Gambar tengok dalam iklan macam letak sayur banyak je... Dapat yang betul sikit je sayur.. Tengok gambar dibawah...