Adakah peralatan anda sekarang sudah bersedia untuk kelajuan maksimum yang bakal anda terima ? Sekiranya menggunakan WiFi melalui laptop / PC. Pergi ke Control Panel > All COntrol Panel Items > Network Connections. Click pada Wi-Fi connection. Semak pada Speed. Sebagai contoh, wifi speed diatas adalah 1.1 Gbps / 1100Mbps Kelajuan WiFi bergantung kepada jenis router anda dan jarak anda dengan router tersebut. Untuk menguji kelajuan maksimum WiFi anda, sila sambungkan satu laptop lain melalui LAN cable dan share folder dari laptop tersebut. Jika anda mempunyai cloud server, pastikan terus disambung kepada router. Pindah turun file tersebut. Sebagai contoh kelajuan maksimum di atas adalah 635Mbps dari 1,100 Mpbs. Bermakna WiFi router anda boleh mencapai kelajuan sehingga 57% dari kelajuan yang dipaparkan pada gambar ke-2. Sekiranya kelajuan anda menunjukkan 100Mbps. Kelajuan sebenar yang anda dapat sekitar maximum 57Mbps sahaja. Faktor l...