YES merupakan pengendali mobile internet yang menggunakan teknologi 4G. Untuk menggunakan perkhidmatan YES, anda perlu pastikan telefon anda menyokong 4G LTE band YES. Apa istimewa perkhidmatan YES nie ? YES merupakan perkhidmatan pertama di Malaysia yang menawarkan VOLTE iaitu Voice over LTE. Buat masa ini terdapat 3 pembekal yang menawarkan perkhidmatan VOLTE iaitu YES, DIGI dan juga Webe. Tidak semua peranti yang menyokong 4G dapat menggunakan perkhidmatan VOLTE kerana ia bergantung kepada pembekal perkhidmatan dan juga band LTE signal itu sendiri. Volte membolehkan panggilan dalam kualiti HD iaitu panggilan lebih jelas dan sambungan panggilan kurang dari 4 saat berbanding 7saat menggunakan teknologi 3G atau GSM (2G). Anda boleh melihat logo VoLTE sekiranya telefon anda menyokong perkhidmatan ini. VoLTE dipaket bersama data LTE berbanding teknologi 3G / 2G. Apa lagi kelebihan penggunaan teknologi VoLTE ini ? Berikut senarai ke...