Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

MU-MIMO Speed Test

MU-MIMO adalah Multi Input Multi Output iaitu router (alat yang ada antenna tu) akan menghantar data secara serentak kepada "device" anda berbanding SU-MIMO yang hanya akan menghantar data kepada "device" anda dalam satu masa satu "device" sahaja tetapi berlaku secara pantas. Teknologi ini ada pada router yang menggunakan 5GHz. Tidak semua router 5GHz menyokong MU-MIMO.  Untuk menggunakan MU-MIMO pengguna perlu mempunyai "device" yang menyokong MU-MIMO. Pengguna SU-MIMO kebanyakkkan router yang anda pakai akan menghantar data ke semua "device". "Device" anda akan mengambil data tertentu sahaja. Berbanding MU-MIMO data dihantar terus kepada "device" yang perlu data tersebut sehingga 4 "device" secara serentak.

TM Turbo Unifi. Komputer anda mampu untuk penggunaan maksimum kelajuan internet ?

TM Turbo Unifi dengan kelajuan 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps. Mampukah komputer anda menggunakan kelajuan maksimum yang anda dapat? Dengan penggunaan kabel LAN. (Pengunaan wireless bergantung kepada jenis router dan jenis wireless adapter yang digunakan). Untuk memastikan anda dapat gunakan kelajuaan maksimum. Pastikan; LAN port adalah jenis Gigabit untuk menampung kelajuan sehingga 1Gbps. Kabel LAN yang digunakan adalah jenis CAT5-e dan ke atas. Purata kelajuan hardisk mekanikal adalah 60MB/s-100MB/s yang mana jika ditukar ke Mbps adalah sekitar 480Mbps - 800Mbps. Bagi pengguna yang menggunakan hardisk mekanikal masih boleh menampung kelajuan 300Mbps dan 500Mpbs (best case). Bagi pengguna yang menggunakan SSD (kelajuan SSD purata 500MB/s iaitu 4000Mbps) mampu menggunakan speed maksimum Unifi Turbo 800Mbps tanpa sebarang masalah. Entry SSD speed Intel Optane