Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Kini dapat lihat penyata anda secara online. Ketahui caranya

Kini anda dapat lihat penyata ASNB secara online. Tidak perlu lagi menggunakan buku penyata sedia ada. Apa yang perlu anda lakukan ? Sila ke cawangan ASNB berdekatan atau bank terdekat yang mengurus ASNB anda iaitu Maybank, Maybank Islamic, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional, Alliance Bank, AmBank, & AmBank Islamic. Bercakap dengan wakil ASNB atau bank untuk dapatkan nombor akaun ASNB anda yang baru. Nombor akaun ASNB anda yang baru adalah 12 digit. Nombor lama berjumlah 9 digit adalah tidak digunakan lagi Cara lain untuk dapatkan nombor akaun baru dengan menghubung email berikut asnbcare@pnb.com.my Selepas anda dapat nombor 12 digit akaun anda terus ke halaman  https://www.myasnb.com.my/ untuk tujuan pendaftaran Klik pada "Anda Mempunyai Akaun di ASNB?" dan teruskan dengan proses pendaftaran Setelah berjaya, anda kini dapat lihat penyata anda secara online

Rahsia di sebalik Whatapps anda.

Kali ini ada satu teknik rahsia yang ingin dibongkarkan di dalam applikasi whatsapp. Anda pernah hantar mesej tetapi tiada balasan ? Adakan penerima telah membaca mesej anda ? Penerima mungkin telah menyahaktifkan fungsi report telah dibaca dan menyebabkan tanda berwarna biru tidak muncul pada mesej yang telah dihantar anda. Tekniknya mudah sahaja jika anda mahu mengetahui penerima telah membaca tetapi seperti tiada balasan mesej dibaca. Lihat pada jam 12:11am iaitu tertera perkataan "Hi","Hello","Hello" dan "Hi". Tanda double tick masih berwarna kelabu. Kita sedia maklum tanda tersebut bermaksud mesej diterima dan tidak dibaca oleh penerima. Adakah ini benar ?  Teknik mengetahu sama ada penerima telah membaca senang sahaja. Hantar sahaja pesanan suara. Lihat pada jam 12:12 AM pesanan suara telah dihantar. Sekiranya pesanan suara tersebut telah dibuka, double tick akan terus menjadi berwarna biru. Ini menandakan bahawa penerima telah...